APLIKASI Pomen satu daripada pemenang ‘Petronas FutureTech Accelerator Programme’.
APLIKASI Pomen satu daripada pemenang ‘Petronas FutureTech Accelerator Programme’.
Lizam Ridzuan


KESIBUKAN urusan seharian menjadikan kita ada kalanya terlupa menghantar kenderaan untuk diselenggara.

Bagi memudahkan orang ramai, aplikasi Pomen diperkenalkan dan ia boleh dimuat turun ke telefon pintar.

Ia ekosistem bantuan 24 jam dan tujuh hari seminggu yang mula beroperasi sejak 2019.

Lebih 20,000 muat turun dicatatkan dengan lebih 600 bengkel berdaftar tersedia di aplikasi Pomen yang tertumpu di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan beberapa bandar besar lain.

Ia menawarkan perkhidmatan untuk selenggara kenderaan, penukaran bateri atau 'jump-start', penukaran tayar dan kerosakan kenderaan.

PELANGGAN menggunakan khidmat Pomen.
PELANGGAN menggunakan khidmat Pomen.

TERDAPAT 600 bengkel berdaftar.
TERDAPAT 600 bengkel berdaftar.

Semua kualiti perkhidmatan diberi jaminan melalui indikasi jejak masa nyata, harga yang telus dan keahlian percuma untuk mengelakkan penipuan oleh pengusaha bengkel tidak bertauliah.

Terbaharu, sejak awal tahun ini, Pomen melebarkan sayapnya dengan bekerjasama bersama Petronas Lubricants Marketing Malaysia.

Kerjasama ini dijalankan melalui bengkel Petronas AutoExpert yang mempunyai sembilan cawangan di Lembah Klang yang menyertai senarai utama operasi bengkel berdaftar.

Pomen juga penerima dana CIP Ignite (II) daripada Cradle dan satu daripada pemenang 'PETRONAS FutureTech Accelerator Programme'.

Aplikasi Pomen boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play Store dan Apple App Store.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 6:41 AM