HABITAT bakau penting kerana penyerap karbon terbaik selain habitat ikan.
HABITAT bakau penting kerana penyerap karbon terbaik selain habitat ikan.
Nurul Husna Mahmud

Dalam kajian menjelaskan peranan bakau adalah penyerap karbon terbaik antara benda hidup dan berfungsi sebagai tapak semaian serta habitat dewasa yang kritikal untuk 30 peratus hingga 80 peratus perikanan komersial di seluruh dunia.

Menyedari kepentingan tumbuhan itu, Petronas Chemical Group (PCG) berkolaborasi dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia dalam pemeliharaan pohon bakau sepanjang Sungai Kertih, Kemaman, Terengganu menerusi inisiatif EcoCare yang sudah bermula sejak 2005 lagi.

Projek berkenaan pada mulanya fokus kepada usaha memulihkan habitat berkembang kepada mewujudkan pusat sehenti bagi tujuan kesedaran awam menerusi Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare (EEC).

Reputasi EEC sebagai pusat sehenti pendidikan alam sekitar yang pertama di pantai timur merangkumi kawasan kajian hutan paya bakau berkeluasan sekitar 11,000 meter persegi dengan jumlah pokok sekitar 10,000 berjaya ditanam semula di lokasi berkenaan.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG Datuk Sazali Hamzah, komitmen selama 15 tahun melalui anak syarikat miliknya, PC OGD (dulu dikenali sebagai OPTIMAL Chemicals Malaysia (OCM) bertujuan memulihkan habitat bakau Sungai Kertih.

BENIH bakau disemai.
BENIH bakau disemai.

"Program awal ecoCare adalah fokus kepada usaha memulihkan ekosistem di habitat bakau berkenaan.

"Bermula dengan kerja penubuhan tapak semaian mini bagi anak benih bakau, menganjurkan dan menjalankan bengkel kumpulan mengenai projek dan kaedah penanaman. Selain mewujudkan pangkalan data maklumat yang berkaitan dengan pemulihan habitat bakau Sungai Kertih.

"Selain itu kerja pemantauan kualiti air dan benih bakau, ekologi hidupan akuatik dan mewujudkan bahan rujukan yang relevan serta mengendalikan sukarelawan yang menyertai dalam inisiatif terbabit," katanya.

AKTIVITI menanam bakau.
AKTIVITI menanam bakau.

Menjelaskan tidak memadai hanya pihaknya dan sukarelawan sahaja memainkan peranan menjaga ekosistem itu, pihaknya mengambil pendekatan dengan penyertaan awam termasuk komuniti tempatan untuk membantu dalam kerja pemuliharaan habitat terbabit.

"Kemudian pada tahun 2013, EEC ditubuhkan bagi memberi tumpuan kepada pelaksanaan program pendidikan dan kurikulum alam sekitar bertujuan memupuk kesedaran, kefahaman dan keprihatinan terhadap alam sekitar.

"EcoCare terus menjadi teras utama dalam tanggungjawab sosial korporat PCG yang menyokong agenda Pembangunan Kemampanan (SD) yang berkait rapat dengan alam sekitar. Usaha kami berjaya meningkatkan reputasi PCG sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, menjadikan kami sebahagian daripada Bursa Malaysia FTSE4Good sejak ia dilancarkan pada tahun 2014," katanya.

Sejak penubuhan EEC pada Februari 2014, kami berjaya mendidik hampir 25,000 pengunjung melalui pelbagai aktiviti bersesuaian di habitat terbabit.

TURUT menganjurkan bengkel bersesuaian mengenai pemeliharaan habitat bakau.
TURUT menganjurkan bengkel bersesuaian mengenai pemeliharaan habitat bakau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 6:28 AM