Lizam Ridzuan

DIHASILKAN dalam jumlah yang terhad dengan hanya 100 unit di seluruh dunia, Maserati Levante Trofeo Launch Edition yang juga edisi paling berkuasa diperkenalkan ke pasaran tempatan baru-baru ini oleh pengedar eksklusifnya, Naza Italia.

Hanya tiga unit ditawarkan di negara ini melalui tiga pilihan warna.

Kenderaan ini dijana enjin 3.8 liter Dwi-Turbo V8 menghasilkan kuasa 590 hp dan 730Nm tork.

Ia juga adalah yang paling berprestasi untuk jenama Maserati.

JENTERA terpantas daripada Maserati.
JENTERA terpantas daripada Maserati.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama itu juga mampu mencapai kelajuan sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 3.9 saat serta kelajuan maksimum mencecah 304 km/j menerusi kotak gear automatik ZF lapan kelajuan.

Bukan sekadar prestasi di jalanan, Levante Trofeo ini juga dilengkapi sistem Q4 Pemanduan Semua Roda (AWD) Pintar dengan mod pemanduan CORSA.

GAYA rekaan coupe untuk SUV.
GAYA rekaan coupe untuk SUV.

RUANG dalaman elegan.
RUANG dalaman elegan.

Tenaga tork enjin 100 peratus yang disalurkan untuk kawalan pacuan roda belakang termaju pada kelajuan normal akan membahagikan mengikut keperluan daripada 0:100 peratus kepada 50:50 peratus untuk tempoh 150 milisaat sahaja pada permukaan yang lasak.

CORSA juga menghasilkan maklum balas enjin dan deruman bunyi lebih garang menerusi aliran gas empat saiz ekzos yang terbuka sebaik ia diaktifkan.

Selain itu, ia juga menjadikan kawalan gear lebih pantas, suspensi udara direndahkan dengan peredam Skyhook sport, kawalan cengkaman dan kestabilan elektronik dikurangkan untuk pemanduan lebih menyeronokkan dengan empat pilihan mod iaitu Normal, I.C.E, Sport dan lasak.

Untuk rekaan luaran, Levante Trofeo dilengkapi dengan ciri utama lampu hadapan Matrix LED penuh, gril hadapan dengan ciri menegak kemasan Piano Black, jaring dengan bentuk sarang lebah pada bahagian bawah untuk elemen sporty dan angkup brek prestasi dengan pilihan warna biru, hitam, perak atau kuning.

LOGO disulam secara eksklusif.
LOGO disulam secara eksklusif.

ENJIN 3.8 liter Dwi-Turbo V8.
ENJIN 3.8 liter Dwi-Turbo V8.

Ia tampil unik dengan logo Trofeo pada tiang-C yang berciri coupe, serta kemasan gentian karbon pada beberapa bahagian bampar hadapan, bilah sisi kemasukan udara, skirt sisi dan ekstraktor belakang dan rim aloi Orione bersaiz 22 inci.

Untuk bahagian dalaman, ia dipenuhi ciri elegan untuk tampil mewah dengan kerusi sport balutan kulit premium Pieno Fiore' serta jahitan kontra logo Trofeo mengikut warna kereta pada pelindung kepala tampil eksklusif.

Pemandu juga boleh melaras ketinggian pemanduan menerusi suis atau mod pemanduan pada konsol tengah daripada 75 milimeter (mm) hingga 85 mm termasuk ke tahap 'park'.

Tombol yang boleh dipusingkan pada bahagian tengah untuk kawalan audio dan fungsi sistem infotainmen lain serta sistem 17 pembesar suara daripada Bowers & Wilkins bagi kualiti bunyi terbaik.

Untuk pasaran Malaysia, Maserati Levante Trofeo Launch Edition dijual pada harga asas bermula RM838,800 serta jaminan tanpa had perbatuan dan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km yang mana lebih dahulu.

Untuk Jun 2020, semua yang menempah model Levante bakal menerima program jaminan tujuh tahun 'Serenity' yang dilancarkan untuk pasaran Asia Tenggara PAsifik (SEAP).

PADANAN rim 22 inci bergaya.
PADANAN rim 22 inci bergaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 6:30 AM