‘SHILA Sakura’ melayan tetamu.
‘SHILA Sakura’ melayan tetamu.
Lizam Ridzuan

TAMPIL dengan elemen gaya hidup permotoran, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menyediakan ruang untuk pelanggannya menikmati khidmat selepas jualan yang lebih baik.

Sempena sambutan ulang tahun ke-40 syarikat itu, HLYM membuka Stesen Gaya Hidup Yamaha di ibu pejabat mereka di Sungai Buloh, yang pertama seumpamanya di Malaysia, sebagai laras indikasi industri dua roda tempatan.

Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, idea mewujudkan konsep ini tercetus empat tahun lalu dalam usaha mengumpul semua produk Yamaha di bawah satu bumbung.

CAFE Gen Blu.
CAFE Gen Blu.

"Pusat ini yang terbesar di Malaysia. Menempatkan muzium mini motosikal Yamaha yang pernah dipasarkan di negara ini selain pameran model terbaharu serta jentera perlumbaan,

“Selain motosikal, kami juga mempamerkan jentera rekreasi ATV, enjin bot dan peralatan muzik,” katanya pada perasmian.

Untuk keselesaan, kafe Gen Blu juga disediakan dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa termasuk terrayaki.

RUANG jualan cenderahati.
RUANG jualan cenderahati.

Menarik di kafe ini, pelanggan dilayan robot yang diberi nama Shila Sakura untuk melihat menu yang ditawarkan.

Pusat ini menyediakan 15 tapak penyelenggaraan selain penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada mekanik selain pelanggan.

Turut menyediakan ruang menunggu yang selesa dengan soket pengecas USB, hab alat ganti dan minyak pelincir tulen.

Sudut barangan cenderahati juga dibuka untuk pakaian seperti kemeja ‘T’, beg dan topi yang menampilkan rekaan ranggi.

SUDUT muzium. FOTO Khairul Azhar Ahmad
SUDUT muzium. FOTO Khairul Azhar Ahmad

HLYM juga memperkenalkan Pusat Akademi Latihan dan Pembelajaran Motosikal (META) untuk wakil pengedar menyediakan mekanik yang terlatih.

Stesen Gaya Hidup Yamaha dibuka jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. #vroomHM

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 6:15 AM