KEMPEN Balik Kampung Yamaha ke-21.
KEMPEN Balik Kampung Yamaha ke-21.
Lizam Ridzuan


HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Memasuki tahun ke-21 penganjurannya untuk 2019 dengan tema ‘Tunggang Berhati-Hari, Keluarga Tersayang menanti’, ia usaha untuk membantu mengurangkan kemalangan yang membabitkan motosikal.

Melalui program Sains Tunggangan Selamat Yamaha (YSRS), pelbagai aktiviti dijalankan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Program turut membabitkan rakan niaga seperti FKR yang menawarkan pemeriksaan lapan bahagian motosikal secara percuma untuk semua jenama serta NGK Spark Plugs Malaysia Berhad membabitkan palam pencucuh.

PEMERIKSAAN lapan bahagian motosikal.
PEMERIKSAAN lapan bahagian motosikal.

Selain itu, lebih 900 topi keledar baharu tajaan AEON Credit dan KHI Helmets Industries serta baju pemantul cahaya tajaan Pacific & Orient Co. diagih kepada orang ramai di Seremban, Negeri Sembilan; Petaling Jaya, Selangor dan Pulau Pinang.

Ketika pelancaran, HLYM mengambil kesempatan memperkenalkan logo tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka iaitu ‘Yamaha Cares’.

Melalui aktiviti ini, ia fokuskan kepada tiga ‘P’ iaitu ‘People’, ‘Planet’ dan ‘Product’ dalam meluaskan aspek keselamatan jalan raya terhadap komuniti.

Majlis dirasmikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Pengarah Urusan HLYM Datuk Jim Khor dan Pengerusi Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA), Wee Hong.#vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2019 @ 8:05 AM