PUSAT 3S Naza Kia di Kota Bharu bakal memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan di wilayah Pantai Timur.
PUSAT 3S Naza Kia di Kota Bharu bakal memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan di wilayah Pantai Timur.
Mohamad Fahd Rahmat


NAZA Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Naza Kia di negara ini, mengukuhkan jenama itu di wilayah Pantai Timur melalui pembukaan pusat jualan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti (3S) terbaharu di Kota Bharu, Kelantan.

Pusat 3S berkeluasan 3,500 kaki persegi mempunyai kapasiti mempamerkan lima kenderaan di samping menampung perkhidmatan servis untuk 100 kenderaan dalam tempoh sebulan.

Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, cawangan itu turut menyasarkan jualan 18 kenderaan sebulan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pusat 3S terbaharu itu menyertai rangkaian Kia yang semakin berkembang bagi menepati kehendak pelanggan dan peningkatan permintaan pasaran kereta Kia di Pantai Timur.

Beliau berkata, menerusi kemudahan lengkap jualan, servis dan alat ganti, pihaknya yakin menawarkan pengalaman paling menarik dalam pemilikan kereta Kia kepada penduduk Kota Bahru.

“Pengedar sah, Raza Motors Sdn Bhd melabur RM1 juta melalui pembinaan 3S yang meliputi kemudahan jualan, servis dan alat ganti dengan hasrat menambah servis mengecat untuk keselesaan pelanggan di Kelantan.

“Cawangan berkenaan turut memiliki lounge, bilik mesyuarat, kemudahan surau, bilik penyimpanan alat ganti selain tempat mencuci kenderaan.

“Naza Kia Malaysia terus mengukuhkan rangkaian pengedarnya dengan menyediakan sokongan diperlukan bagi meneruskan penyediaan pengalaman pemilikan pelanggan yang sinonim dengan identiti Korea,” katanya.

Dalam pada itu, SM Nasarudin berkata, pihaknya bersedia membuka enam lagi cawangan 3S di Lembah Klang, wilayah Utara dan Selatan, selain Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan peningkatan latihan rangkaian sedia ada dalam setiap pasaran utama.

“Melalui latihan ini, kami menyasarkan untuk mempertingkatkan kualiti dan kecekapan supaya pelanggan mendapat manfaat daripada penghantaran jualan kenderaan baharu yang luar biasa dan putaran masa perkhidmatan selepas jualan cepat.

“Untuk maklumat lanjut bagi urusan uji pandu di Kota Bahru, orang ramai boleh melayari www.kia.com/my,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 8:57 PM