REKA BENTUK Perodua Myvi milik Justin.
REKA BENTUK Perodua Myvi milik Justin.
Fatin Farhana Japre

Memiliki jiwa kelajuan dan gemar mengubah suai memang sukar difahami individu yang bukan ‘kaki kereta’. Ini kerana ada yang beranggapan hobi mengubah suai kereta pembaziran semata-mata dan membahayakan diri.

Namun, jika hobi berkenaan boleh memberi kepuasan dan ganjaran dalam bentuk wang tunai atau piala, ia berubah menjadi usaha keasyikan yang berbaloi.

Maka, tidak hairanlah pemuda dari Johor Bahru ini sanggup melabur lebih RM100,000 untuk mengubah suai jentera Perodua Myvi dengan reka bentuk lebih ekstrem.

Ketika mula berjinak-jinak dalam hobi ini lima tahun lalu, Justin Bear, 26, mengubah suai dan menampal stiker (pelekat) bertemakan adiwira Batman pada keseluruhan jentera supaya tampak ganas.

KONSEP dalaman jentera ini seakan akuarium sebenar.
KONSEP dalaman jentera ini seakan akuarium sebenar.

Namun kini, Justin mengubah cita rasa dengan padanan konsep VIP dan ‘ganas’ supaya kelihatan lebih elegan. Keseluruhan badan jentera dicat warna ‘Candy Red’ (merah) supaya kelihatan ganas berbanding warna asal iaitu perak.

Jika dilihat pada luarannya, jentera ini tampak lebih ‘seksi’ dengan padanan bampar hadapan dan belakang yang dilabuhkan. Malah tahap kerendahan bampar boleh dilaras menggunakan suspensi, selain beberapa kit badan turut ditempah khas.

Lebih mengagumkan, ruang dalamannya diubah hampir 100 peratus dengan menggunakan putih sebagai warna tema. Kusyen depan dan belakang ditempah khas berjenis ‘acrylic chair’ dan tampak lebih gah dengan penambahan sistem buih akuarium.

KERUSI hadapan dan belakang ditempah khas daripada jenis ‘Acrylic Chair’.
KERUSI hadapan dan belakang ditempah khas daripada jenis ‘Acrylic Chair’.

Pam akuarium diletakkan di bahagian belakang yang berfungsi menyalurkan air menerusi ‘handbrake’.

Sekali imbas, konsep dalaman jentera ini seakan-akan akuarium sebenar ditambah pula pantulan lampu LED warna biru dan putih menyerlahkan lagi identitinya yang tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, jentera Myvi ini juga dimuatkan dengan sistem audio ‘Rockford Fosgate Monoblock’ di but belakang daripada FT Audio Specialist dan 27 skrin LCD pada papan pemuka serta pintu jentera, manakala rim asal ditukarkan dengan Klasse 20 inci.

Namun demikian, Justin yang lebih dikenali sebagai Batman masih menggunakan enjin asal, cuma melakukan kemas kini dengan mencelup beberapa komponen dengan krom supaya ‘ada kelas’!

RUANG dalamannya diubah hampir 100 peratus menggunakan tema putih.
RUANG dalamannya diubah hampir 100 peratus menggunakan tema putih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Julai 2018 @ 12:10 AM