PROTON Exora tema Boboiboy sarat sistem audio.
PROTON Exora tema Boboiboy sarat sistem audio.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Proton Exora kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan nasional atau jentera keluarga yang berjaya mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia.

Mula dilancarkan pada April 2009, MPV tujuh tempat duduk ini terus diperbaharui dan pada penghujung 2011, Proton melancarkan varian Exora Bold yang dikeluarkan dalam tiga spesifikasi berbeza.

Kebiasaannya jentera ini diguna pakai untuk keluarga dan tidak kurangnya ada menjadikannya jentera untuk berniaga berikutan keluasannya.

RUANGAN kokpit kemas dan menawan.
RUANGAN kokpit kemas dan menawan.

Namun bagi kaki modifikasi kereta pula, jentera ini tidak terlepas pandang untuk diubah suai dan ini terbukti apabila kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rosli Abu Hassan, 43, yang meminati sistem audio, sanggup ‘berhabis’ menaik taraf sistem audio Exora 1.6L CPS keluaran 2012 miliknya.

Dengan tema animasi Boboiboy pada badan dan bonnet hadapan jentera ini disumbat dengan dua buah woofer 12 inci, 1,500 watt dari jenama Infinity.

Selain itu, lapan buah subwoofer 6.5 inci jenama sama berkuasa 500 watt setiap satu yang dipasang pada perumah khas di sudut belakang jentera menjadikan sistem audio jentera lebih mantap.

SARAT sistem audio berkualiti.
SARAT sistem audio berkualiti.

Ditambah pula dengan pemasangan 12 monitor bersaiz 4.3 inci pada sudut dalaman jentera menjadikannya semakin bergaya.

Sistem audio ini sebenarnya tidak akan berfungsi cemerlang tanpa penggunaan amplifier empat hala dan monoblock dan justeru itu pemilik menaruh kepercayaan pada jenama Coolsound.

Tidak hanya sistem audio, pemilik turut menitikberatkan rupa luaran dan dalaman jentera. Sudut luaran menggunakan kit badan termasuk bampar binaan khas manakala sudut dalaman keseluruhannya dibalut material PU bagi menceriakan lagi ruangan dalaman jentera.

RIM 18 inci Weld Forged buatan Thailand.
RIM 18 inci Weld Forged buatan Thailand.

Gaya jentera lebih menyerlah dengan pemasangan rim 18 inci Weld Forged yang diimport khas dari Thailand.

Jentera dari Kelab KL Audio Team dan Exora Owner Club Malaysia (EOCM) ini difahamkan menelan kos hampir RM30,000.

INFO

PROTON EXORA 2012

• Enjin CPS 1597 cc

• Transmisi Manual

• Kit badan binaan khas

• Rim 18 inci Weld Forged

• 2 Woofer Infinity 1,500 watt

• 8 Subwoofer Infinity 500 watt

• Amplifier 4 hala Coolsound

• Monoblock Coolsound

• 12 buah monitor 4.3 inci

• Kelab KL Audio Team dan Exora Owner Club Malaysia (EOCM)

• Kos modifikasi hampir RM30,000

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 12:03 AM