Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin
Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin

Kuala Lumpur: Wartawan hiburan, Kamal Huzaini Kamaludin, 59, atau lebih dikenali panggilan Huzz meninggal dunia jam 6.10 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh adiknya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Allahyarham Huzz menderita sakit kanser usus tahap empat berada dalam kritikal sejak kebelakangan ini.

Beliau ditempatkan di rumah keluarganya di Pulau Pinang dan di bawah pemerhatian doktor selepas dikeluarkan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Mei lalu.

Terdahulu, Huzz terlantar di HKL untuk menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu.

Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Dia juga penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Jun 2024 @ 6:59 PM