MUHAMMMAD Nur Hadith bersama isterinya dan tiga anak ketika menyambut Aidilfitri.
MUHAMMMAD Nur Hadith bersama isterinya dan tiga anak ketika menyambut Aidilfitri.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, sudah sedarkan diri semalam.

Siti Noraida Hassan, 38, berkata, bagaimanapun suaminya Muhammmad Nur Hadith Zaini yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along,' menerima rawatan di Hospital Cyberjaya masih menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Dia masih di ICU (Unit Rawatan Rapi) dan sudah sedar sikit tapi belum boleh bercakap kerana masih pakai alat pernafasan.

"Doktor baru mula dialisis," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dalam kejadian 14 April lalu, mangsa, 38, cedera dalam kejadian tembakan di Terminal 1.

Dua das tembakan dilepaskan suspek ke arah isteri suspek yang menunggu jemaah umrah di KLIA.

Bagaimanapun, satu tembakan tersasar manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut mangsa.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu kemudian berjaya ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan, 15 April lalu.

Sementara itu, Siti Noraida berkata, tiga anaknya yang berusia antara tiga hingga 13 tahun sentiasa bertanyakan keadaan bapa mereka dan mula merinduinya.

Justeru, dia amat mengharapkan suaminya segera sembuh dan dapat berjumpa ketiga-tiga anak mereka.

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

Isteri pengawal peribadi syukur, lega suspek dah ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 1:35 PM