PANDELELA dan Dhabitah gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini. FOTO Reuters
PANDELELA dan Dhabitah gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini. FOTO Reuters
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Nasib dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri akhirnya terjawab apabila mereka digugurkan daripada Program Road To Gold (RTG).

Ini susulan prestasi mereka kurang memberangsangkan di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha sekali gus gagal menempah slot ke Olimpik Paris 2024.

Penyelaras Jawatankuasa Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media, sebentar tadi.

Selain itu, Stuart turut mengumumkan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises yang menjadi wakil tunggal negara dalam sukan itu layak beraksi di Paris disenaraikan dalam Program RTG bagi membantunya melakukan persiapan menghadapi temasya terbesar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 5:51 PM