TENTERA Rusia di Bakhmut, Donetsk yang dirakam pada 13 Disember 2023. FOTO AFP
TENTERA Rusia di Bakhmut, Donetsk yang dirakam pada 13 Disember 2023. FOTO AFP
Agensi

Kyiv: Rakyat Malaysia dikesan berkhidmat sebagai tentera upahan Rusia di wilayah timur Ukraine, Donetsk.

Memetik portal Ukrainska Pravda, tentera upahan Malaysia itu ditemani penterjemah termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Rusia.

Pada masa ini, pejuang itu sedang menjalani latihan.

Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine memaklumkan, Rusia terus merekrut tentera upahan di seluruh dunia untuk meneruskan dasar penaklukan mereka.

Pusat itu turut memberi amaran, setiap orang yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Rusia menentang Ukraine akan menjadi sasaran tentera itu.

Selain Malaysia, rakyat Cuba, Nepal, Belarus, Serbia dan negara lain antara tentera upahan dikesan berkhidmat dalam Angkatan Tentera Rusia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 4:10 PM