ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui. FOTO Aswadi Alias
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui. FOTO Aswadi Alias
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Polis mengesan pergerakan hasil analisa yang diperolehi daripada beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) penduduk yang diterima mereka baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, bagaimanapun pihaknya perlu meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

"Memang ada pergerakan tetapi kena 'enhance' (mempertingkatkan kualiti lebih lanjut) video itu sama ada individu atau objek lain.

"Sama ada penduduk atau suspek kena tunggu video itu. Setakat ini kita tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Hussein berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan.

"Betul kita minta bantuan JPS hari ini bagi melihat dalam takungan itu sama ada wujud sebarang bukti baharu, tetapi setakat ini tiada penemuan bukti baharu.

"Polis masih berusaha bagi mengumpul lagi keterangan dan risikan untuk mengenal pasti suspek," katanya.

Mengulas berhubung pemeriksaan pihaknya di blok lain semalam, beliu berkata, proses berkenaan adalah sebahagian daripada 'mass screening' (ujian beramai-ramai).

"Keputusan 'mass DNA screening' (ujian DNA beramai-ramai) penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai, dijangka diperolehi dalam tempoh dua hingga tiga hari.

"Jumlah keseluruhan sampel DNA yang diambil ialah sebanyak 228 sampel," katanya.

Dalam pda itu, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kini masih meneruskan siasatan yang masuk hari keenam di Apartmen Idaman.

Tinjauan di lokasi mendapati sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik PDRM dipercayai dari Polis Kontinjen Selangor tiba di lokasi, 11.45 pagi.

Difahamkan, kehadiran mereka ke lokasi bagi meneruskan siasatan bagi mencari bukti dan petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan kes itu.

Turut dilihat berada di lokasi adalah kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Difahamkan JPS akan membantu polis menyedut keluar air di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada 6 Disember lalu.

Kerja mengepam air kedengaran bermula 12.20 tengah hari dan ketika ini keadaan di lokasi hujan lebat.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Berita berkaitan:

Air kolam takungan disedut

Polis periksa rumah berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemui

Petunjuk menjurus kepada seorang individu, mayat dibuang waktu hujan lebat

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan polis

Polis dah ambil keterangan 48 individu

4 beg kertas dibawa keluar pasukan forensik

Polis periksa stor berhampiran lokasi

Polis dah ambil 228 sampel DNA

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 3:10 PM