TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan Perodua Bezza berkenaan.
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan Perodua Bezza berkenaan.
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Lelaki dan wanita ditahan polis, manakala dua lagi lelaki melarikan selepas Perodua Bezza dinaiki mereka dikejar 28 unit peronda polis (MPV) sehingga ke Cyberjaya, semalam.

Sebelum itu, polis mengejar kenderaan berkenaan dari Petaling Jaya.

Difahamkan, sebelum kejadian, Perodua Bezza dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimana, suspek memecut kenderaan itu sebelum polis mengejar mereka.

Ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri, sementara lelaki dan wanita itu berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut menemui peralatan pecah rumah di dalam kereta itu.

Sebanyak 18 kenderaan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan 10 dari lain-lain daerah jiran terbabit dalam kejadian ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

"Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2023 @ 9:34 AM