FARID Kamil hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk memfailkan hak penjagaan anaknya bersama isteri, Diana Danielle. FOTO Eizairi Shamsudin
FARID Kamil hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk memfailkan hak penjagaan anaknya bersama isteri, Diana Danielle. FOTO Eizairi Shamsudin
Ramlah Zainal

Kuala Lumpur: Diana Danielle, 32, memberi kebenaran kepada suaminya, Farid Kamil, 42, untuk membawa dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, menyambut Aidilfitri di kampungnya di Kedah.

Peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Farid boleh mengambil dua anak mereka di rumahnya sehari sebelum Aidilfitri.

"Anak guam (Diana) tidak ada halangan untuk Farid mengambil dua anaknya kerana perkara itu sudah diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada Aurora sudah pulih dari trauma untuk berjumpa Farid, Akberdin berkata, Aurora mengalami trauma sebelum ini kerana ditengking Farid, tidur di pintu tandas dan insiden memetik cili di rumah jiran.

"Hakim juga sudah menemubual Muhammad dan Aurora mengenai perkara itu tapi pihak anak guam (Diana) tidak kisah untuk beri kebenaran Farid berjumpa Aurora kalau dia sudah okay.

"Perkara ini juga termasuk dalam terma penyelesaian yang saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam," katanya.

Dalam laporan terdahulu, Akberdin berkata pihaknya turut berbincang mengenai kemahuan Muhammad yang ingin pulang beraya ke Kedah iaitu kampung halaman Farid.

Menurutnya, Diana diberi hak penjagaan sementara dua anak mereka sehingga 30 Mei ini.

Akberdin berkata, pihaknya sedang berbincang dengan peguam Farid mengenai hak lawatan dan hak bawa pergi ke Kedah, kemudiannya perjanjian untuk perkara terbabit.

Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2023 @ 11:48 PM