Kuala Lumpur: Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetap dengan pendirian menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan malah rela dipecat.

Menerusi Facebooknya, beliau mempersilakan pihak parti untuk memecatnya kerana berpegang pada pendirian itu.

"Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi - tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

"No Anwar, No DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 11:44 AM