AFP

London: Louis van Gaal berharap terselamat daripada dipecat sepanjang Krismas hujung minggu ini selepas spekulasi memuncak pengurus Manchester United itu dijangka dipecat sebelum kunjungan pasukannya ke Stoke City pada Hari Boxing.

Van Gaal mendapati dirinya dalam keadaan bahaya dipecat dalam tempoh separuh daripada kontrak tiga tahun selepas kemerosotan United yang tidak menang dalam enam perlawanan berturut-turut menyaksikan mereka diaibkan tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan terkeluar daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Selepas kecundang 1-2 di tangan kelab bawahan Norwich di laman sendiri Sabtu lalu, ramai berpendapat Van Gaal hanya mempunyai dua perlawanan untuk menyelamatkan jawatannya.

Laporan mendakwa kekalahan menentang sama ada Stoke Sabtu ini atau Chelsea di Old Trafford Isnin ini akan menyebabkan pemilik United, keluarga Glazer memecatnya.

Namun semalam jelas Van Gaal mungkin tidak bertahan lebih lama daripada itu selepas Twitter dihujani dengan cerita beliau dipecat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 7:08 AM