Mahaizura Abd Malik dan Najiy Jefri


Petaling Jaya: Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isterinya, Selasa lalu.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Petaling Jaya: Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya Selasa lalu.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali,45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Radhi didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shaira Ayu Zahiri, 28, atau Ayu di Parkir Emporis Menara D Kota Damansara, di sini, 2.29 petang, Selasa lalu.

Tertuduh diwakili peguam Haziq Aizuddin Subhi mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

RADHI OAG (tengah) diiringi polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO Hairul Anuar Rahim
RADHI OAG (tengah) diiringi polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO Hairul Anuar Rahim

Kelmarin, penyanyi itu ditahan polis selepas dipercayai memukul bekas isterinya, Ayu atau Nur Shahira Ayu Zahiri, 27, di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.

Majistret memutuskan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan RM2,500 dan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan pengadu.

Majistret turut menetapkan sebutan semula kes pada 13 Julai ini.

Radhi dan Ayu disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak kira-kira 4.20 pagi, 25 Mac 2019.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak berusia enam dan tujuh tahun.

Selepas bercerai, Ayu dan anaknya menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 11:24 AM