Amir Abdul Hamid

Kabul: Kewujudan perkampungan khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) kesan perang di sini, adalah antara bukti peninggalan 'luka perang' berpanjangan melepasi empat dekad di Afghanistan.

Rosak penglihatan atau buta sepenuhnya, kudung kaki dan tangan antara kecacatan kekal dialami rata-rata mangsa perang ini.

Khan Shirin, 63, adalah antara penduduk kampung OKU itu yang sebelumnya dilahirkan dengan tubuh badan sempurna, namun menjadi kudung kedua-dua belah kaki akibat terkena serpihan bedilan meriam tentera Rusia (dulu Kesatuan Soviet).

Ketika kejadian 28 tahun lalu itu, Khan Shirin menyertai pejuang Mujahidin.

Pertempuran berlaku di bandar Bagram wilayah Parwan iaitu kira-kira 60 kilometer di utara ibu kota Kabul.

"Kami sedang berkubu sebelum satu letupan kuat berlaku dan saya tidak sedarkan diri.

"Saya hanya sedar apabila mendapati sudah kehilangan kedua-dua belah kaki selepas itu," katanya yang mempunyai enam anak.

Dia ditemui di penempatan OKU akibat perang di Kampung Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nehayan di Qasaba, pinggir Kabul.

Seorang lagi penduduk ditemui, Ehsanullah Adam Khan, 28, juga mengalami nasib sama kudung kedua-dua kakinya dan kini terpaksa menggunakan kaki palsu.

Kelihatan sebahagian rakyat Afghanistan tinggal di Penempatan Orang Kurang Upaya (OKU) akibat perang di Kampung Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nehayan di Qasaba, Kabul, Afghanistan keluar menerima sumbangan bakul makanan kepada fakir miskin rakyat Afghanistan pada Kembara Ramadan Afghan atau Care4Afghan 2.0. FOTO ASWADI ALIAS

Namun kejadian dia terpijak periuk api di Islam Qala bersempadan Iran terjadi ketika era pendudukan Amerika Syarikat (AS).

"Ayah saya (Adam Khan) yang meninggal dunia beberapa tahun lalu juga mujahidin veteran perang Soviet yang kudung kedua belah tangan," katanya.

Khan Shirin dan Ehsanullah adalah antara penerima bakul makanan mengandungi tepung gandum, beras dan minyak masak yang boleh bertahan kira-kira dua bulan kehidupan sekeluarga.

Bakul makanan itu hasil sumbangan rakyat Malaysia yang disampaikan pada program Care4Afghan dalam misi Kembara Ramadan Afghan anjuran Muslim Care Malaysia (MCM).

Kelihatan sebahagian rakyat Afghanistan tinggal di Penempatan Orang Kurang Upaya (OKU) akibat perang di Kampung Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nehayan di Qasaba, Kabul, Afghanistan keluar menerima sumbangan bakul makanan kepada fakir miskin rakyat Afghanistan pada Kembara Ramadan Afghan atau Care4Afghan 2.0. FOTO ASWADI ALIAS
Kelihatan sebahagian rakyat Afghanistan tinggal di Penempatan Orang Kurang Upaya (OKU) akibat perang di Kampung Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nehayan di Qasaba, Kabul, Afghanistan keluar menerima sumbangan bakul makanan kepada fakir miskin rakyat Afghanistan pada Kembara Ramadan Afghan atau Care4Afghan 2.0. FOTO ASWADI ALIAS

Kembara Ramadan Afghan turut membawa sumbangan rakyat Malaysia menerusi wakil Pertubuhan Kebajikan Al-Mannar Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor (Geng Talaqqi) yang menjadi peserta misi.

Kampung Sheikh Zayed seluas 20 hektar dibuka 2007 dengan kos RM19 juta atas ehsan bekas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syeikh Zayed al-Nahyan.

Ia pernah menempatkan 300 mangsa perang yang kudung kaki, lumpuh atau kehilangan tangan akibat peperangan.

Namun jumlah penduduknya berkurangan kepada 140 orang selepas kebanyakannya meninggal dunia atau berpindah ke kawasan lain.

Kelihatan sebahagian rakyat Afghanistan tinggal di Penempatan Orang Kurang Upaya (OKU) akibat perang di Kampung Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nehayan di Qasaba, Kabul, Afghanistan keluar menerima sumbangan bakul makanan kepada fakir miskin rakyat Afghanistan pada Kembara Ramadan Afghan atau Care4Afghan 2.0. FOTO ASWADI ALIAS
Kelihatan sebahagian rakyat Afghanistan tinggal di Penempatan Orang Kurang Upaya (OKU) akibat perang di Kampung Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nehayan di Qasaba, Kabul, Afghanistan keluar menerima sumbangan bakul makanan kepada fakir miskin rakyat Afghanistan pada Kembara Ramadan Afghan atau Care4Afghan 2.0. FOTO ASWADI ALIAS

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2022 @ 12:00 PM