Foto hiasan
Foto hiasan
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 3,346 kes berbanding 3,684 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia sehingga kini mencecah 2,802,263 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow dengan data akan dikemas kini setiap hari selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 3:53 PM