GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan 3,684 kes berbanding 3,198 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,798,917 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow dengan data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam.

   

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 January 2022 @ 2:29 PM