Foto hiasan
Foto hiasan
Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu positif Covid-19 mencatatkan peningkatan hari ini dengan 3,519 kes dilaporkan berbanding 3,140 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,728,203 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Disember 2021 @ 3:12 PM