GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan dengan 5,143 kes dilaporkan hari ini berbanding 5,162 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,551,452 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 2:26 PM