Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 dengan 13,899 kes dilaporkan, hari ini berbanding 14,554 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan 2,185,131 kes jumlah kumulatif yang dilaporkan setakat ini.

Katanya, Sarawak kekal negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan 2,712 kes diikuti Selangor dengan 2,341 kes.

"Di Johor kes dilaporkan ialah 1,377 kes diikuti 1,170 kes di Kelantan, 1,170 kes di Perak dan 1,060 di Pulau Pinang.

"Sabah pula merekodkan 962 kes diikuti Pahang dengan 779 kes, Terengganu (760) dan Kedah (708) kes," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Beliau berkata, Melaka mencatatkan 339 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 310 kes serta Negeri Sembilan 194 kes.

"Sementara itu, Putrajaya merekodkan 37 kes, Perlis (17) kes manakala Labuan (lima) kes," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 3:59 PM