GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kes positif baharu Covid-19 kini melepasi angka 3,500 dengan 3,788 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi membabitkan 1,265 kes diikuti Sarawak (760) dan Kelantan (464).

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur merekodkan 255 kes; Pulau Pinang (250); Johor (160); Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing 136 kes; Perak (118); Sabah (89); Melaka (55) serta Pahang (54).

Pada masa sama, Terengganu mencatatkan 37 kes, Perlis (lima) manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing merekodkan dua kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 April 2021 @ 5:14 PM