Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 14,345 kes, hari ini berbanding 14, 954 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes 2,112,175 direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,611 kes diikuti Johor (1,598 kes); Selangor (1,365 kes); Sabah (1,255 kes); Pulau Pinang (1,170 kes); Perak (1,090); Kelantan (1,050 kes); Kedah (967 kes) dan Terengganu dengan 804 kes.

"Selain itu, Pahang mencatatkan 779 kes; Kuala Lumpur (307 kes); Melaka (162 kes); Negeri Sembilan (125 kes); Perlis (51 kes); Putrajaya (11 kes) dan Labuan kekal dengan sifar kes seperti semalam," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 4:15 PM