ANGELINA Jolie. FOTO Agensi
ANGELINA Jolie. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Angelina Jolie memecah rekod sebagai selebriti paling pantas meraih sejuta pengikut di laman Instagram (IG).

Menariknya, pelakon terkenal itu meraih jumlah pengikutnya itu dalam tempoh cuma sejam walaupun baru membuka akaun IG.

Hantaran pertama pemenang Oscar itu ialah mengenai isu kemanusiaan dengan perkongsian sepucuk surat yang diterima daripada seorang remaja perempuan Afghanistan.

Dalam surat itu, remaja berkenaan menzahirkan ketakutan dan kebimbangannya selepas Taliban menguasai negaranya.

JENNIFER Aniston . FOTO AGENSI
JENNIFER Aniston . FOTO AGENSI

Menurut Majalah OK!, aktres itu memecahkan rekod bagi akaun IG yang meraih satu juta pengikut dalam tempoh satu jam (walaupun ia belum disahkan Guinness World Records).

Selepas tiga jam, Jolie juga dilaporkan meraih 2.1 juta pengikut baharu.

Sementara itu, ahli kumpulan NCT dari Korea Selatan, Taeil menduduki tempat kedua selepas meraih angka sejuta pengikut dalam tempoh sejam 45 minit selepas penyanyi itu memuat naik swafoto pada 6 Julai lalu.

Berdasarkan laman web Guinness World Records, penyanyi itu berterima kasih kepada peminatnya dan berjanji dia akan cuba lebih berinteraksi menerusi media sosial.

Bintang Harry Porter, Rupert Grint menduduki tempat ketiga dengan apabila meraih sejuta pengikut dalam tempoh empat jam dan seminit.

RUPERT Grint mendukung bayinya. FOTO AGENSI
RUPERT Grint mendukung bayinya. FOTO AGENSI

Pelakon itu, mula membuka akaun IG pada November 2020 dengan berkongsi sebuah foto dia mendukung bayi perempuannya, Wednesday G Grint, yang baru dilahirkan.

Sementara itu, personaliti veteran berasaskan alam semula jadi dan Netflix's Planet Earth, David Attenborough mengambil masa empat jam 44 minit untuk mencapai jumlah pengikut sejuta.

Dia mula menyertai platform itu untuk meraih peminat muda dan memberi kesedaran mengenai krisis alam sekitar global.

Jennifer Aniston menduduki tempat kelima apabila meraih sejuta pengikut dalam tempoh lima jam 16 minit selepas bergambar swafoto bersama (welfie) dengan rakan pelakon yang membintangi siri Friends.

PUTERA Harry dan Meghan Markle. FOTO AFP
PUTERA Harry dan Meghan Markle. FOTO AFP

Hantaran pelakon itu pada Oktober 2019, mendapat perhatian ramai.

Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle yang bersetuju melepaskan gelaran diraja mencipta sejarah apabila melancarkan akaun peribadi IG milik mereka bersama.

Pasangan itu meraih sejuta pengikut dalam tempoh cuma lima jam dan 45 minit dengan hantaran pertama memaparkan gambar sokongan mereka terhadap kerja kebajikan.

Bintang K-Pop, Daniel Kang meraih sejuta pengikut selama 11 jam dan 36 minit pada Januari 2019 dengan swafoto bersama keterangan Hello.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 6:30 AM