ENGGAN jalin hubungan asmara dengan selebriti atau individu
ENGGAN jalin hubungan asmara dengan selebriti atau individu
Susunan Najiy Jefri


BINTANG Hollywood, Jennifer Aniston enggan menjalin hubungan asmara dengan selebriti atau individu terkenal selepas pernah bernikah dengan pelakon Brad Pitt pada 2000 hingga 2005 dan Justin Theroux (2015-2017).

Aniston berkata, dia kini mencari teman lelaki yang bukan dalam kalangan orang industri hiburan.

"Saya pernah berkahwin dengan orang terkenal. Apa yang saya harapkan sekarang adalah seorang lelaki yang tidak terkenal. Ia lebih menyenangkan," katanya.

Kisah percintaan Aniston sering meraih perhatian ramai. Malah, sejak kebelakangan ini, pelakon berusia 52 tahun itu didakwa menyukai pelakon David Schwimmer.

Perasaan itu muncul ketika mereka membintangi sitkom Friends: The Reunion yang popular ketika ini.

Schwimmer turut mengatakan dia menyukai Aniston sejak musim pertama Friends.

"Pada musim pertama, Saya benar-benar menyukai Jen (Aniston)," kata Schwimmer.

ANISTON mencari lelaki yang sederhana untuk menjadi pasangan hidupnya. - FOTO Google
ANISTON mencari lelaki yang sederhana untuk menjadi pasangan hidupnya. - FOTO Google

Menerusi siri Friends, mereka berperanan sebagai Ross dan Rachel. Watak Ross lakonan Schwimmer dikatakan sudah memendam perasaan terhadap Rachel sejak remaja.

Namun, begitu banyak rintangan yang harus dilalui sebelum kedua-duanya bersama. Malah, selepas berjaya bersama, Ross dan Rachel kerap melalui episod putus cinta sepanjang 10 musim Friends.

Sementara itu, di dunia nyata Schwimmer menyatakan mereka tak pernah terikat dalam satu hubungan asmara kerana bertemu pada waktu yang salah.

"Pada satu masa, kami benar-benar saling menyukai. Tapi seperti dua kapal yang berjalan berasingan kerana salah satu daripada kami selalu memiliki pasangan.

"Jadi, kami tidak pernah berpeluang mempunyai hubungan serius. Kami menghormati itu, cuma kami menghubungkan perasaan cinta itu dalam watak Ross dan Rachel," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 6:43 AM