BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838.

Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899) dan Sarawak 406 kes.

Kedah mencatat 417 kes, Sabah (323), Johor (315 kes), Melaka (222), Perak (241), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis satu kes.

Petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) ketika menjalankan tugas mengendali kehadiran orang ramai yang disahkan positif COVID-19 untuk melakukan penilaian daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam. FOTO FAIZ ANUAR

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 4:26 PM