BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 6,276 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 751,979, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian dalam Twitter, beliau memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,836 kes, diikuti Negeri Sembilan (644); Kuala Lumpur (625); Sarawak (376); Johor (299); Sabah (242); Kedah (226); dan Melaka (223).

Selain itu, Pahang mencatatkan 210 kes diikuti Kelantan (159); Perak (137); Labuan (132); Pulau Pinang (131); Terengganu (20); Putrajaya (11); serta lima kes di Perlis.

UJIAN calitan Covid-19
UJIAN calitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 5:21 PM