Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia hari ini merekodkan 3,551 kes baharu Covid-19, menjadikan kes kumulatif di dalam negara kini 427,927.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lalu, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi membabitkan 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur (477) dan Sarawak (391).

Kelantan pula mencatatkan 326 kes, diikuti Pulau Pinang (305); Johor (258); Perak (137); Kedah (112); Pahang (97); Negeri Sembilan (85); Melaka (82); Sabah (69); Terengganu (58); Putrajaya (12); Perlis (tiga) dan Labuan (dua).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 6:11 PM