BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 5,000 untuk empat hari berturut-turut apabila sejumlah 5,803 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 728,462 kes.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,108 kes; diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628); Sarawak (491); Melaka (355); Johor (329); Pahang (220); Sabah (189); Kedah (186); Pulau Pinang (160) dan Perak (137).

Kelantan pula mencatat 103 kes; Labuan (99); Terengganu (29); Putrajaya (24) dan Perlis empat kes.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 3:58 PM