Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,353 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 827,191.

Kes harian baharu tertinggi direkodkan sebelum ini ialah semalam iaitu 9,180 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,277 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,398 kes, Melaka (835 kes); Negeri Sembilan (638) dan Johor (399 kes).

Kedah mencatat 364 kes; Sarawak (352 kes); Sabah (251 kes); Pahang (247 kes); Pulau Pinang (180 kes) dan Perak (145 kes).

Selain itu, Kelantan merekodkan 89 kes, Labuan (85 kes); Terengganu (50 kes); Putrajaya (39 kes) dan Perlis (empat kes).

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 3:42 PM