Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilapor hari ini mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 6,241 kes berbanding 7,452 semalam dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,178 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 616,815 kes direkodkan setakat ini.

Menurut beliau, Sarawak pula mencatatkan 600 kes, Johor (565 ), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305), Pulau Pinang (271), Kelantan (270) dan Melaka (225).

Selain itu katanya, Labuan mencatat 212 kes; Perak (174); Terengganu (158); Pahang (155); Putrajaya (30) dan Perlis dengan hanya dua kes direkodkan.

FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Jun 2021 @ 3:37 PM