GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 3,780 kes direkodkan hari ini berbanding 4,140 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 470,110 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,275 kes diikuti Sarawak (405) dan Kedah (363).

Menurutnya, sebanyak 3,779 kes adalah penularan tempatan membabitkan 3,441 warganegara dan 337 bukan warganegara manakala dua lagi kes import membabitkan rakyat negara ini.

"KKM turut merekodkan sebanyak 3,990 kes pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 426,319 kes manakala 41,889 kes masih aktif.

"Sebanyak 36 kematian direkodkan hari ini iaitu 35 warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif 1,902 atau 0.40 peratus," katanya dalam kenyataan hari.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini, seramai 520 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 3:36 PM