GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,317 kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam negara dengan Sarawak melaporkan kes harian tertinggi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat 12 kes import membabitkan lapan warganegara dan empat bukan warganegara.

Menurutnya, jumlah terbaru itu menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 362,173 dengan 15,835 kes aktif.

Katanya, Sarawak mencatat jumlah kes harian tertinggi dengan 351 kes direkodkan pada hari ini.

"Ia disusuli Selangor 303 kes, Kuala Lumpur (116) , Pulau Pinang (112) dan Sabah (109).

Menurutnya, sebanyak empat kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 1,333 kes.

Katanya, kes sembuh pula sebanyak 1,052 menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 345,005 kes.

Dr Noor Hisham berkata, 188 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 6:13 PM