Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,345 kes dilaporkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 29,579 kes atau 71.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah positif pula meningkat semula berbanding semalam apabila merekodkan 972 kes kes, setakat 12 tengah hari.

Beliau berkata, jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 41,181 kes menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,308 kes.

"Sabah terus mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 370 kes iaitu 38.1 peratus, Negeri Sembilan dengan 260 kes dan 165 kes lagi dilaporkan di Lembah Klang.

"Sebanyak 14 kes atau 1.4 peratus dicatatkan dalam kluster pusat tahanan sementara (PTS) dan kes di dalam penjara," katanya dalam sidang media harian Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan Covid-19. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan Covid-19. FOTO Mohd Fadli Hamzah.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, sebanyak lima kes daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurutnya, terdapat 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat lapan kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 294 kes.


  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 6:47 PM