SUSPEK ditahan SPRM petang semalam. FOTO Mohd Jamilul Anbia Md Denin
SUSPEK ditahan SPRM petang semalam. FOTO Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengurus kanan sebuah agensi syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) kerana disyaki terbabit menerima rasuah.

Sumber berkata, suspek yang berusia 41 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira jam 5 petang semalam.

Difahamkan, pengurus kanan carigali yang diamanahkan untuk menguruskan projek kerja berkaitan carigali minyak itu mengambil kesempatan meminta wang rasuah sebagai balasan memberikan kontrak kerja carigali minyak di Terengganu.

"Suspek dipercayai menerima wang rasuah dalam lingkungan RM300,000 bagi kontrak-kontrak kerja carigali minyak di Terengganu.

"Susulan itu suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan permohonan reman dibenarkan selama lima hari, " katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan menyatakan siasatan sedang dijalankan berhubung dengan kes ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 11:44 AM