KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Rohaniza Idris


KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka dengan cara betul.

"Pakai dengan betul pelitup muka anda atau alihkannya terus," katanya dalam satu catatan di laman sosial Facebook rasminya, hari ini.

Turut disertakan dalam catatan itu grafik cara salah memakai pelitup muka.

Arahan dalam grafik itu memberi amaran supaya tidak meletakkan pelitup muka di bahagian dagu kerana bahagian itu sebelumnya terdedah, sekali gus tindakan itu boleh menyebabkan ia tercemar.

Pelitup muka diletakkan di bawah dagu tidak boleh dipakai semula kerana tindakan itu boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena jangkitan bakteria, virus dan kuman.

Arahan itu turut menyatakan pelitup muka perlu dibuka sepenuhnya ketika makan, minum dan melakukan aktiviti berkaitan di bahagian muka.

Hantaran itu mendapat maklum balas ramai yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas nasihat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 10:51 PM