Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Sri Ayu Kartika Amri


KEBERKESANAN dan manfaat pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) hanya dapat dimaksimumkan jika sektor ekonomi dibuka sepenuhnya.

Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Sektretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, pembukaan ekonomi sepenuhnya amat penting bagi memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat.

"Penjana adalah pelan pemulihan bagi jangka masa pendek dan disebabkan itu peruntukan yang disediakan di bawah pelan ini hanya RM35 bilion.

"Berbeza dengan pakej Prihatin yang mana ia adalah pelan merangsang ekonomi.

"Oleh itu, selagi mana kita belum buka sektor ekonomi sepenuhnya, selagi itulah apapun pelan yang dibuat tidak dapat dimaksimumkan keberkesanannya," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, bagaimanapun keseluruhan Penjana jelas merangkumi apa yang dikehendaki oleh pekerja, rakyat dan perniagaan.

"Ekonomi kita memerlukan pembaharuan yang menyeluruh dan disebabkan itulah pelan pemulihan Penjana ini dibuat.

"Platform digital juga dititiberatkan bagi menghadapi normal baharu dalam ekonomi.

"Namun, koordinasi antara kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan perlu ada supaya pelaksanaan Penjana ini dapat mencapai sasarannya," katanya.

Dr Mohd Yusof berkata, pelaksanaan pelan Penjana ini kuncinya adalah koordinasi agar peringkat pemulihan ini dimanfaatkan semua pihak.

INFOGRAFIK
INFOGRAFIK

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 8:30 AM