(DARI kiri) Ahmad Faizal, Saarani dan Razman. FOTO arkib NSTP
(DARI kiri) Ahmad Faizal, Saarani dan Razman. FOTO arkib NSTP
Balqis Jazimah Zahari


ISTIADAT Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Ke-13 akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim berkata, Sultan Perak memberi perkenan istiadat berkenaan diadakan pada 3 petang.

“Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah memberi perkenan supaya Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah pada Jumaat, 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sebelum ini, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) Perak terdiri daripada Umno, Pas dan Bersatu, mengemukakan nama dan mempersembahkan tiga calon menteri besar baharu kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

Calon-calon berkenaan ialah Pengerusi Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad, Pengerusi Bersatu Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 8:24 PM