ARUN menyampaikan ucapan pada Kongres Jawi Kebangsaan. FOTO Zulfadhli Zulkifli
ARUN menyampaikan ucapan pada Kongres Jawi Kebangsaan. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PENGANJURAN Kongres Jawi Kebangsaan di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini diteruskan walaupun menerima bantahan dari beberapa pihak.

Setiausaha Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat), Arun Doraisamy berkata, pihaknya menjemput mana-mana pihak yang membantah untuk turut bercakap di hadapan tetamu yang hadir.

“Jika ada bantahan, sesiapapun orang itu, saya sendiri akan menyambut mereka dan saya akan memberi mereka slot untuk bercakap.

“Kami sudah bersedia, saya beritahu polis perkara yang sama juga,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kongres diadakan sehari selepas kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong mematuhi perintah mahkamah yang diperolehi oleh polis untuk membatalkan kongres mereka bagi membincangkan bantahan terhadap pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat.

Semalam, Gerakan Pembela Ummah Malaysia (UMMAH) yang mewakili lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO) memberi amaran akan berhimpun secara besar-besaran jika bantahan tulisan jawi diteruskan.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kongres mendapati penganjur mengetatkan kawalan masuk ke dalam dewan.

Penganjur memeriksa beg yang dibawa tetamu dan media yang hadir pada kongres berkenaan.

Beberapa NGO Melayu yang hadir turut dibenarkan masuk dan dibenarkan untuk bertanya soalan.

Kongres yang bermula pada jam 10.30 pagi itu dihadiri dihadiri kolumnis sosial, Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi; aktivis sosial, Siti Kasim; Setiausaha Gabungan SEKAT Nasional, Arun Dorasamy dan wakil sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), Thayalan.

Berita berkaitan

Dong Zong tak puas hati dengan polis

Utamakan kepentingan nasional - iGuru

UMMAH beri amaran kepada Dong Zong [METROTV]

Isu tulisan Jawi: Dong Zong batal persidangan

Perintah mahkamah batal persidangan Dong Zong

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 12:25 PM