PENDUDUK mengambil air yang dihantar dengan menggunakan lori tangki  di  Tengkera.
PENDUDUK mengambil air yang dihantar dengan menggunakan lori tangki di Tengkera.
Hassan Omar


“PADA usia begini, saya terpaksa mengangkut air dari lori tangki. Sudah
dua minggu dan saya berdoa agar penderitaan ini segera berakhir,”
kata Mohd Tab Omar, 78.

Dia adalah antara penduduk terjejas di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling, di sini, akibat gangguan bekalan air sejak dua minggu lalu.

Warga emas ini berkata, meskipun kepenatan dia terpaksa menggagahkan diri untuk mengangkut bekalan air daripada lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Melaka Berhad (SAMB).

“Mujurlah sejak tiga hari lalu, ada jiran yang prihatin membenarkan saya mengambil air daripada perigi miliknya terletak kira-kira 100 meter dari rumah. Bekalan air diangkut menggunakan kereta sorong,” katanya ketika ditemui, semalam.

ABDUL Rahman menceduk air perigi di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling.
ABDUL Rahman menceduk air perigi di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling.

PENDUDUK mengambil air dari perigi di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling.
PENDUDUK mengambil air dari perigi di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling.

Sementara itu seorang lagi penduduk Jaafar Jantan, 48, mengangkut air dari lori tangki SAMB di tepi jalan untuk kegunaan harian menjadi rutin hariannya sejak dua minggu lalu.

“Air yang dibekalkan hanya sesuai untuk mandi dan mencuci pinggan mangkuk dan bukannya untuk membasuh pakaian.

“Apa yang menyedihkan kadangkala lori air ditunggu penduduk tidak datang, jadi saya kena ambil air daripada perigi milik jiran,” katanya ketika ditemui, semalam.

Manakala Abdul Rahman Zainal, 83, pula berkata dia terpaksa membelanjakan RM500 untuk mengupah jentera bagi menggali perigi berhampiran kediamannya.

MOHD Tab mengangkut air perigi sejauh 100 meter ke kediamannya di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling.
MOHD Tab mengangkut air perigi sejauh 100 meter ke kediamannya di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 6:50 AM