NEELOFA bersama jemaah haji lain tidak dapat berangkat ke Makkah dua hari lalu kerana masalah visa. FOTO Facebook Neelofa
NEELOFA bersama jemaah haji lain tidak dapat berangkat ke Makkah dua hari lalu kerana masalah visa. FOTO Facebook Neelofa
Ramlah Zainal


"MUNGKIN ramai yang belum tahu saya dan jemaah lain tidak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lalu atas masalah visa.

"Alhamdulillah selepas hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insya-Allah akan ke Makkah esok (Rabu)," kata pengacara, pelakon dan usahawan terkenal Neelofa.

Menurut pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 30, menerusi perkongsian di Instagram Storiesnya hari ini, dia bersyukur kerana ramai yang sudi membantu dengan penuh keikhlasan untuk menyelesaikan masalah visa terbabit.

"Saya tidak pasti jika pihak terbabit memberi kebenaran untuk saya sebut satu persatu.

“Menerusi bantuan pihak mereka, Allah SWT permudahkan untuk saya menjadi tetamu-Nya sekali lagi," katanya.

Neelofa menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama ibu dan dua adik lelaki yang juga mahramnya.

Dalam laporan sebelum ini, Neelofa dijadualkan berangkat ke Makkah pada 4 Ogos tetapi ditunda kerana masalah visa.

Kali pertama Neelofa menunaikan haji adalah pada 2016 dan dia juga merancang untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pada setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 9:39 PM