MAYAT kedua-dua mangsa. FOTO Ihsan Pembaca
MAYAT kedua-dua mangsa. FOTO Ihsan Pembaca
Norizuan Samsudin


DUA mayat tanpa beberapa anggota badan ditemui dekat sebuah sungai, belakang kawasan perumahan Desa Coalfields, dekat Sungai Buloh, hari ini.

Mayat ditemui jam 4 petang oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, mayat berkenaan sudah berada reput.

“Satu mayat lelaki dan satu mayat wanita ditemui di tepi sungai berkenaan oleh awam dipercayai dibunuh di tempat lain dan dibuang di kawasan itu.

"Kedua-duanya dipercayai meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 6:21 PM