SUFIAN Suhaimi. FOTO Arkib NSTP
SUFIAN Suhaimi. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri


“BUKAN saya yang tak ‘move on’ tapi netizen yang belum dapat menerima hakikat,” kata penyanyi Sufian Suhaimi apabila rata-rata netizen masih mengaitkan dirinya dengan Elfira Loy.

Sufian berkata, netizen seharusnya berlapang dada menerima setiap ketentuan yang ditakdirkan antara dia dan bekas tunang.

“Saya tak boleh nak tutup mulut netizen. Apa yang boleh saya katakan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

“Tiada sebab untuk kita bangkitkan cerita lama sebab antara kami sudah tiada apa-apa lagi.

“Lebih baik saya memberi fokus kepada karier seni yang sudah direncanakan sehingga tahun depan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (MM33) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Sufian, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima wanita lain dalam hidupnya.

“Apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini banyak memberi pengajaran dan mengajar saya menjadi lebih tenang.

“Lagipun mencari teman baru bukan priority (keutamaan) saya buat masa ini. Tetapi kalau ditakdirkan saya dipertemukan dengan insan baru saya okey saja,” katanya.

Sebelum ini Sufian pernah bertunang dengan Elfira pada Oktober tahun lalu, namun hubungan mereka putus, Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 4:56 PM