LAPORAN Harian Metro, sebelum ini
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini
Nurul Hidayah Bahaudin dan Faris Fuad


SEORANG lelaki dilihat keluar dari tren, turun ke landasan sebelum dilanggar tren dan meninggal dunia di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong, hari ini.

Ia berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.51 pagi tadi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati mayat lelaki itu terbaring di landasan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ismadi berkata, polis masih menyiasat punca kejadian sama ada lelaki itu mabuk atau mahu membunuh diri.

“Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Berita berkaitan

Maut terjatuh ke landasan LRT

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 11:22 AM