MANGSA yang cedera. FOTO Ihsan Bomba
MANGSA yang cedera. FOTO Ihsan Bomba
Hasbi Sidek


WANITA maut, empat lagi cedera apabila sebuah pacuan empat roda terbabas dan merempuh orang ramai yang makan di parkir berhampiran sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, malam ini.

Pada kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa yang meninggal dunia berusia 57 tahun.

Difahamkan, mangsa makan di meja yang diletakkan di parkir di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ketika kejadian, kenderaan itu dipercayai melanggar orang awam di parkir, sebelum melanggar tiga kenderaan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan melarikan diri sejurus kejadian.

“Akibatnya, seorang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

KEADAAN di lokasi. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN di lokasi. FOTO Ihsan Pembaca

Ismadi berkata, sehubungan itu, polis meminta pemandu kenderaan itu dipercayai lelaki supaya menyerah diri.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga diminta tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 10:23 PM