TN Alagesh

SUAMI isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini terhadap tuduhan mengabaikan rawatan perubatan anak lelakinya hingga membawa kematian pada 9 Julai lalu.

Penjual kereta, Mohammad Zawani Mohammad Jasni, 30, dan isteri, Azreen Junysar, 29, dari Kampung Rantau Panjang, Klang dituduh mengabaikan Mohd Luthhakim Abdullah, 10, yang dalam jagaannya daripada mendapat rawatan perubatan dan pemeliharaan yang mencukupi.

Berikutan itu, ia menyebabkan anaknya yang juga murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ching mengalami kecederaan fizikal yang membawa kepada kematian.

Oleh demikian, pasangan tertuduh itu didakwa mengikut Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari menawarkan RM30,000 ikat jamin bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Namun, Mohammad Zawani memohon mahkamah mengurangkan jumlah dengan alasan memperoleh gaji RM2,000 sebulan dan mempunyai seorang anak lelaki yang perlu ditanggung manakala gaji isterinya yang mengasuh kanak-kanak hanya RM1,200.

Hakim,Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan RM15,000 wang ikat jamin bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Siti Aminah juga membenarkan tertuduh melantik peguam untuk mewakili mereka bagi sebutan semula kes pada 27 Ogos ini.

Dalam kejadian 9 Julai lalu, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia kira-kira 1 tengah hari di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, di sini,

Hasil bedah siasat mendapati, murid Tahun Empat itu meninggal dunia akibat pendarahan pada saluran makanan mangsa yang disebabkan oleh pecah salur darah atau ulser pada esofagus disebakan berlaku pukulan kuat.

Ekoran kejadian itu, ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan.

PASANGAN suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10  sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 Julai lalu. FOTO /FARIZUL HAFIZ AWANG
PASANGAN suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10 sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 Julai lalu. FOTO /FARIZUL HAFIZ AWANG

Berita berkaitan

Suspek dera anak kandung disambung reman [METROTV]

'Rakam video konon...'

Polis nafi tidak siasat ibu mangsa dera

'Terkejut anak saudara mati didera'

Ibu, bapa mangsa dera direman seminggu [METROTV]

'Kesan melecur pada kemaluan mangsa'

Ibu jenis apa kau ni...

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 12:10 PM