Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


REMAN suami isteri yang dipercayai mendera anak kandung mereka hingga meninggal dunia pada 9 Julai lalu, dilanjutkan selama seminggu hingga 23 Julai ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata reman awal pasangan itu yang berakhir hari ini dilanjutkan kerana polis memerlukan masa untuk menjalankan siasatan lebih terperinci selain mengumpul bukti untuk tujuan pendakwaan.

“Permohonan untuk kita sambung reman ke atas suspek dibenarkan pihak mahkamah...ada beberapa perkara masih disiasat,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia pada 1 tengah hari di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, Kuantan.

Hasil bedah siasat mendapati, murid tahun empat itu meninggal dunia disebabkan berlaku pendarahan pada saluran makanan disebabkan oleh pecah salur darah atau ulser pada esofagus disebabkan berlaku pukulan kuat.

Ekoran kejadian itu, pasangan suami isteri berusia 29 dan 30 tahun direman seminggu bagi membantu siasatan.

Othman berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan

'[UPDATE] Rakam video konon...'

'[UPDATE] Polis nafi tidak siasat ibu mangsa dera'

[UPDATE] 'Terkejut anak saudara mati didera'

[UPDATE] Ibu, bapa mangsa dera direman seminggu [METROTV]

'[UPDATE] Kesan melecur pada kemaluan mangsa'

'Ibu jenis apa kau ni...'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 3:48 PM
LAPORAN portal berita Harian Metro sejak 10 Julai lalu mengenai Muhammad Luthhakim yang meninggal dunia di HTAA dipercayai akibat didera ibu kandungnya.
LAPORAN portal berita Harian Metro sejak 10 Julai lalu mengenai Muhammad Luthhakim yang meninggal dunia di HTAA dipercayai akibat didera ibu kandungnya.